Tuesday, 19 May 2015

PILIHAN TERAKHIR.

                                                       
                                                    ۞ *•.¸.•* بِسْمِ اللهِ الْرَّحْمَنِ الْرَّحِيمِ •¸ .*• ۞
Assalamualaikum
Anyeong Haseyo !
Peace ✌˙❤‿❤˙✌


Di pagi yang indah ini izinkan aku membuat entry yang terakhir ini. Haha. "Terakhir"? Yaa, mungkin tahun depan pulak aku boleh update blog ni. So, sebelum tunggu tahun depan inilah entry aku yang terakhir. Fyi, (kalau nak tau la kan..eh?) hari Ahad ini aku akan daftar di Kolej Matrikulasi Kedah. Fuhh, banyak jugak soalan dan persoalan dari ramai pihak mengenai pilihan aku untuk sambung study ke matrik. Waittt. Kenapa kalau nak sambung matrik pun? Ada aku pinjam otak hang ka untuk aku study nanti. Ada? (Buat muka menyampah) Hahhahahh.


Sebenarnya matrik ini adalah pilihan terakhir aku sejak dulu. Sebab aku pernah tanam azam "aku tak nak masuk matrik, matrik susah, matrik ke struggle, matrik banyak saingan..bla...bla.." Mungkin aku dah tanamkan dalam diri aku bahawasanya matrik ni SUSAH! (Habis yang hang nak p jugak pasaipa?). Keputusan aku nak ke matrik ni aku pun tak tahulah macam mana nak explain dengan kata-kata. Sebab ini soal matlamat aku. Cehhh. Mungkin aku tak boleh bagi tau kenapa. Haha. Okay, forget it.


Sebelum aku buat keputusan ni, aku mintak banyak pandangan dan pendapat orang yang lebih berpengalaman. So, selepas aku banci semua orang tu aku aku decided untuk pilih matrik. Sebab, aku pun dapat tawaran UITM kos Teknologi Makanan. Tapi, aku pilih untuk ke matrik. Bukan aku tak berminat kos tu, tapi tak taulah nak kata macam mana. Nanti aku ada idea aku bagi tahu.


"Hang serious ke nak p matrik ni?"
"Weh, matrik ni kena struggle la weh."
"Weh, hang tau tak matrik ni susah, banyak saingan."
"Hang sanggup pilih jalan yang menempah kematian ni?"
"Hang pergi matrik ni, hang kena dapat pointer tinggi la."
"Bla..bla...bla...BALA!"

Itulah persoalan dan soalan yang aku selalu dapat dari member-member dan ramai kenalan. Huh! Aku tak boleh nak kata apa. For me, okay aku boleh terima apa yang orang katakan tu. But, tapi kalau hang dah tau aku dah buat keputusan untuk ke matrik bagilah semangat bukannya down-kan aku. Dengki ka apa. Jawapan aku simple ja. Dengar baik-baik, dekat mana sekalipun kita nak sambung belajar lepas ni..kita dah semestinya kena belajar rajin-rajin. Yang kata matrik ni kena belajar betul-betul, habis..kalau aku pergi sambung diploma aku tak perlu study sungguh-sungguh la? Boleh main-main dengan jangka masa 3 tahun tu? Macam tu ke? I ask, macam tu ke? (Marah ni) Aku tahu, kalau diploma dia lebih relaks. Tapi sama ja kena jugak study sungguh-sungguh. Semua orang ada cita-cita yang sama nak dapat pointer yang tinggi. So, kat mana pun sama jelah, "KENA STRUGGLE!"


"Laaah, kenapa tak pergi u?" Huh! Ni lagi satu mentality orang melayu. Lepas spm, mesti masuk U. Masuk U. Siapa tak masuk U dikira bodoh tahap gaban dah. Apa punya mentality la. Habis ingat aku pergi matrik ni bukan nak masuk U ka lepas habis matrik ni? Ouh..baru aku ingat matrik ni sijil ja..tak laku pun kalau habis nanti. Ehh..aku bukan berhenti setakat matrik je lah makcik! Haish..aku pun dah tak tau nak kata macam mana dengan orang yang beranggapan seperti ini. Harap yang membaca tidak seperti ini.


Kalau ikutkan hati aku yang terbuku 1001 jawapan persoalan dari orang ramai tu nak je aku luahkan. Tapi, banyak lagi benda yang aku kena siapkan. Haha, So, akhir kata kalau hangpa, korang, kamu, anda semua sambung belajar kat mana pun lepas ni Form 6 ke, Poli ke, Kolej ke, U ke, mana pun lah,..semua kena belajar sungguh-sungguh, kena berikan yang terbaik untuk dapat pointer yang terbaik. Sama-samalah kita usahakan eh. Mungkin kita belajar di tempat yang berlainan, berlainan taraf kita semua ada matlamat yang sama iaitu nak dapat 4Flat. Hehe. In Sha Allah, dengan usaha kita, dengan rezeki yang Allah berkati, kejayaan milik kita. Aamin. Doakan kejayaan aku di matrik ni. (kalau dengki tak payah doakan pun tak apa aku tak tau pun) Kita berjumpa lagi tahun depan yee. Dengan entry pengalaman aku di KMK. In Sha Allah. Kita akhiri penutupan enrty blog yang terakhir ni dengan tasbih kifarah dan surah al- Asr.Bismillah..Asssalamualaikum rakyat pembaca blog ni. Semua kita semua berjaya dunya wa akhirah. Sollu 'Alan Nabiy!


Tuesday, 3 March 2015

SYUKUR


                                                    ۞ *•.¸.•* بِسْمِ اللهِ الْرَّحْمَنِ الْرَّحِيمِ •¸ .*• ۞
                                                                    Peace ✌˙❤‿❤˙✌



Assalamualaikum semuanya. Allahu..baru muncul kembali. Okaylah malas nak buat introduction banyak-banyak. Untuk pengetahuan kamu semua niat aku menulis hari ini adalah semata-mata ingin berkongsi perasaan pasal result SPM. Waah! "Eleh, dapat result eloklah tu yang nak update sangat tu". FYI, result aku taklah berapa bagus sangat. Alhamdulillah dapat 4A. Terima kasih Allah. Aku bersyukur sangat walaupun kecewa.

Ramai jugak yang rasa aku ni tak reti bersyukur. Ehh? Mesti ada yang mengatakan begini:

"Kenapa menangis?"
"Alah result hang bukannya teruk sangat"
"Tulah hang, harapan tinggi sangat. Tengok dapat ciput jaa"
"Bersyukurlah weyh"
"Fiqah! Awat nama yang tak diumumkan pelajar cemerlang. Haha" (ni memang biadap!)

Huh! Penat. Penat nak jawab. FYI, aku bersyukur sangat apa yang aku dapat ni. Sebab aku percaya, Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. So, aku yakin Allah bagi apa yang aku perlu. Memang la kecewa. Aku memikul harapan ramai pihak. Tetapi, result tak tercapai harapan tu. Kau rasa? Pernah rasa? Tak kan? Kalau tak baik kau diam. Haha. Aku sedih sebab dah kecewakan ramai pihak. So, im so sorry. Tak ada rezeki untuk aku dapat yang dikehendaki.

Sedih. Apa yang aku boleh janji. InsyaAllah aku akan buat lebih buat masa akan datang. Terbayang jugak aku, kalaulah aku dapat result yang gempak lah katakan. Mesti aku perasan bagus, perasan pandai. Dan berkemungkinan aku akan lalai. Alhamdulillah, Allah lebih menengetahui kemampuan hambaNya ini. Aku pun tahu ada pihak yang tidak berpuas hati dengan result aku ni. Sorry. Aku terima kalau nak marah, nak cakap aku bodoh ke apa ke. Sebab aku dah redha. Sebab aku tahu hanya Allah yang memahami perasaan aku.

Orang yang suka judge ni, dia tak tahu yang kita dah habis usaha, bersusah payah, berkorban masa. Ada mereka hargai? Its okay. Aku dah redha okay. Dah tak sedih dah. Hahaha. Kalau tak puas hati jugak. Anggaplah aku sudah tiada dimuka bumi. (Pergh! ayat kau) Trust me, akan tenang. Sampai sini saja. Jumpa lagi. Bye. Assalamualaikum.

Monday, 1 December 2014

Iman Tidak Terletak Pada Pakaian


                                                    ۞ *•.¸.•* بِسْمِ اللهِ الْرَّحْمَنِ الْرَّحِيمِ •¸ .*• ۞
Assalamualaikum
Anyeong Haseyo !
Peace ✌˙❤‿❤

Selamat pagi semuanya. Semoga sentiasa berrada di bawah lindungan dan rahmat Allah swt. Hari ni tidak tahu kenapa hati ini menyapa untuk menulis entry tajuk ini. Mungkin tajuknya agak sensitif bagi sesetengah pihak. Tapi, semua orang muslim berhak untuk berdakwah. Berkali-kali jugak Fyka fikir nak tulis enrty ini. Yalah, takut-II ada yang nak kutuk Fyka pulak lepas ni. Tapi, setelah diberi kudrat dan hati yang kuat. Alhamdulillah , Allah berikan kekuatan itu.


Iman tidak terletak pada pakaian. Kalau nak cerita bab iman, lain kali lah ye. Hehe. Iman ni satu perkara yang kita tak boleh nak ukur. Contohnya, "Oh, dia pakai serban, selalu pergi masjid, bla...bla..mesti iman dia tinggi dan mantap kan" Tunggu, siapa kita nak menilai seseorang itu dari luaran. Mana tahu dia buat semua tu nak kan perhatian atau sekadar menunjuk-nunjuk. Jadi, iman itu dalaman bukan luaran. Biarlah itu hal kita dengan Allah. Iman bertambah, iman berkurang itu semua bergantung kepada amalan seseorang itu kepada Allah. Jadi, ada hakkah kita nak mengukur iman orang lain. Sebelum kita nak ukur iman orang lain, better kita check diri kita dulu. Tak payah susah nak ukur tinggi ke mantap ke beriman ke seseorang tu. Bukan.





Sepanjang Fyka dalam proses perubahan ni. Perubahan untuk menjadi hamba Allah yang solehah, bohonglah kalau Fyka tak pernah kena kutuk, kena pulau, kena perli...bla..bla...macam-II lagi lah. Fyka tak pernah pun cerita hal dekat siapa-II. Even, my bff. Sebab, Fyka rasa, ini adalah satu cabaran yang Fyka kena hadapi SORANG-II. Jadi, Fyka mengambil keputusan biarlah Fyka simpan sendiri. Hanya rahsia Allah dan Fyka.


"Kau nampak je alim, tapi perangai kau macam sampah" "tak payahlah pakai tudung labuh, pakai stoking, handsock bagai kalau perangai kau macam beruk" . Woo! main kasar nampak. Haha. Mungkin disebabkan masa lalu kita yang membuat orang disekeliling kita tak percaya akan perubahan kita kan. Dengarlah, Fyka pernah dengar dalam Dai' baru-baru nih. Hehe. Allah tak pandang siapa kita dua tahun lepas, Allah tak pandang siapa kita tahun lepas dan Allah tak pandang pun siapa kita semalam. So, ada pulak suara sumbang "hey, itu Allah. Kami manusia" Suka hati kau lah. 




Kita berhijrah ni daripada jahat jadi baik. Semata-mata nak kejar rahmat dan reda Allah bukan manusia. So, tak payah lah kita nak hairan sangat dengan kata-II orang. Mulut orang bukannya kita boleh tutup. Kita hairan hubungan kita dengan Allah sudahlah. Manusia tu ke yang bagi kita hidayah? Manusia tu ke yang akan tarik tangan kita masuk syurga Allah? Manusia tu ke sanggup mendengar rintihan tahajud kita? Manusia tu ke? Tak kan? So, kita doakanlah banyak semoga Allah permudahkan hidayah untuk mereka. Allahu aamin.


"Perubahan aku bukanlah untuk berlagak alim, untuk dipandang mulia. Bukan sama sekali. Cukup, sekadar mendapat penghormatan sebagai seorang muslimah di muka bumi ini. Just that. Janganlah kita nak ungkit masa lalu orang lain."


Sekian terima kasih. Terima kasih kerana sudi singgah di blog yang hodoh ni. Harap kita sama mendapat manfaatnya. Semoga Allah sentiasa memberi kita hidayah. Hati ini Allah yang pegang. Bila-bila masa je Allah boleh bolak-balikkan. Doalah. Kepada yang tidak dapat menerima perubahan Fyka sekarang, dont worry. Fyka sentiasa menerima kritikkan dan kutukkan anda semua. Terima kasih kerana bagi pahala free. Haha. Ingat, iman bukan pada pakaian tapi pada hati dan amalan. Jagalah hak Allah iaitu MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA. Wallahualam.



Thursday, 14 November 2013

Running Man Special #1 : List of Guest and Theme

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. 

                                                ۞ *•.¸.•* بِسْمِ اللهِ الْرَّحْمَنِ الْرَّحِيمِ •¸ .*• ۞
Assalamualaikum
Anyeong Haseyo !
Peace ✌˙❤‿❤˙✌




Yeep, Hari ni tetiba nak update blog. Running Man special pulak tu. Aihh! Thats me. So, i just watch when im free. Nah, list-list yang aku dah buat..tapi episode awal-awal tu aku tak tahu lah theme or mission dia apa kan. Maybe, dulu tak ada mission or theme yang tetap kod. Hee..

Running man Episode 1
Guest : Lee Hyo Ri & Hwang Jung Eum
Theme : New Variety Show


Running man Episode 2 
Guest : Lee Chun Hee,Goo Hara (KARA) 


Running man Episode 3  
Guest : Lee Chun Hee,Goo Hara (KARA)


Running man Episode 4 
Guest :  Jessica (SNSD) & Nichkhun


Running man Episode 5 
Guest :  Jessica (SNSD) & Nichkhun


Running man Episode 6 
Guest :  Se7en ,Son Dam Bi & Kim Shin Young


Running man Episode 7  
Guest : Jo Kwon(2am), Jung Yong Hwa (CN Blue) & Eun Jung (T-ara)


Running man Episode 8 
Guest : Lee Joon (MBLAQ), Victoria (f(x)) & Park Jung Gyu 


Running man Episode 9  
Guest : Lee Hong Ki (FT Island,) Shin Bong Sun & Kim Suro


Running man Episode 10  
Guest : Cha Tae Hyun & Yoon Se Ah


Running man Episode 11  
Guest : Kim Je Dong, Jong Yong Hwa (CN Blue)


Running man Episode 12 
Guest : No Guest


Running man Episode 13 
Guest : Jang Dong Min & Lizzy (After School)


Running man Episode 14 
Guest : Lizzy (After School)


Running man Episode 15 
Guest : Tony ( HOT) , Kim Kwang Kyu
Theme : Beat Ji Hyo's Heart


Running man Episode 16 
Guest : Yuri (SNSD)
Theme : Tricking Yuri

Running man Episode 17  
Guest : Jong Yong Hwa (CN Blue) & Go Joo Won

Running man Episode 18
Guest : No Guest
Theme : Cruise Special

Running man Episode 19
Guest : Nichkhun (2PM)
 Theme : Korean Food Special

Running man Episode 20
Running man guest list: Kim Heechul (Super Junior) 


Running man Episode 21
Running man guest list: Kim Jae Dong


Running man Episode 22
Running man guest list: Kim Min Jong & Choi Si Won
Theme : Christmas Special

Running man Episode 23
Running man guest list: Shim Hyung-rae
Theme : Comedy's God Special

Running man Episode 24
Running man guest list: Lee Kyung-shil & Song Eun-ee
 Theme : Man vs Woman

Running man Episode 25
Running man guest list: Park Bo-young

Running man Episode 26
Running man guest list: Jung Jin-young & Lee Mun-sik

Running man Episode 27
Running man guest list: Jung Yun-ho (TVXQ) & Shim Chang-min (TVXQ)

Running man Episode 28
Running man guest list: Kim Byung-man



Running man Episode 29
Running man guest list: No Guest

Running man Episode 30 Arts,Seoul
Running man guest list: Seung-ri (Big Bang)

Running man Episode 31
Running man guest list: Hyun Young

Running man Episode 32
Running man guest list: Tony & Kim Kwang Kyu

Running man Episode 33
Running man guest list: Oh Ji-ho

Running man Episode 34
Running man guest list: Uee & Park Jun-gyu

Running man Episode 35
Running man guest list: Daesung (Big Bang) & Jung Yong Hwa (CN Blue)

Running man Episode 36
Running man guest list: Daesung (Big Bang) & Jung Yong Hwa (CN Blue)

Running man Episode 37
Running man guest list: Park Ye Jin

Running man Episode 38
Running man guest list: No Guest

Running man Episode 39
Running man guest list: Sunny (SNSD) & Yoona (SNSD)

Running man Episode 40
Running man guest list: Taecyeon (2PM) & Nichkhun (2PM)

Running man Episode 41
Running man guest list: Lee Sun-gyun & Park Joong-hoon
* The last Running man Episode of Song Joong Ki

Running man Episode 42
Running man guest list: Heo Young-saeng (SS501)
Theme : Best of The Best

Running man Episode 43
Running man guest list: Shin Bong Sun & IU
Theme : Sport Competition

Running man Episode 44
Running man guest list: Jang Hyuk

Running man Episode 45
Running man guest list: Jang Hyuk
Theme : Report For work

Running man Episode 46
Running man guest list: Kim Hyun-joong (SS501)

Running man Episode 47
Running man guest list: Kim Hyun-joong (SS501)

Running man Episode 48
Running man guest list: No Guest
Theme : Find The Last Uigwe

Running man Episode 49
Running man guest list: Goo Hara ( KARA ) & Noh Sa-yeon
Theme : Queen Bee Race

Running man Episode 50
Running man guest list: Kim Min-jung & Nichkhun (2PM)
Theme : Bangkok Race I

Running man Episode 51
Running man guest list: Kim Min-jung & Nichkhun (2PM)
Theme : Bangkok Race II

Running man Episode 52
Running man guest list: Choi Min-soo 
Theme : Running Man Hunting

Running man Episode 53
Running man guest list: Choi Min Su & Yoon So Yi
Theme : Gyeonju Race

Running man Episode 54
Running man guest list: Choi Kang Hee & Ji Sung
Theme : Protect The Boss

Running man Episode 55
Running man guest list: Suzy(Miss A), Ji Yeon(T-ara), Luna (f(x)) & Sulli (f(x))
 Theme : High School Girl Special


Running man Episode 56
Running man guest list: Shin Bong Sun, Kim Sook, Yang Jung Ah & Ahn Mun-Suk
Theme : Scary Noona

Running man Episode 57
Running man guest list: Cha Tae Hyun & Shin Se Kyung
Theme : The Race Of Jeju-do I

Running man Episode 58
Running man guest list: Cha Tae Hyun & Shin Se Kyung
Theme : The Race Of Jeju-do II

Running man Episode 59
Running man guest list: Simon D, Dynamic Duo’s Choiza and Gaeko, Tiger JK & Yoon Mirae
Theme : Hip Hop Special

Running man Episode 60
Running man guest list: No Guest
Theme : True Gary's Show

Running man Episode 61
Running man guest list: Kim Joo Hyuk, Lee Yeon Hee & Kara’s Ji Young
Theme : Beijing Race

Running man Episode 62
Running man guest list: Kim Joo Hyuk, Lee Yeon Hee & Kara’s Ji Young
Theme : Race in China

Running man Episode 63
Running man guest list: YoonA , Seo Hyun, Tae Yeon, Jessica, Yuri & Hyo Yeon (SNSD)
Theme : Couple Race with SNSD

Running man Episode 64
Running man guest list: YoonA , Seo Hyun, Tae Yeon, Jessica, Yuri & Hyo Yeon (SNSD)
Theme : Pajama Race

Running man Episode 65
Running man guest list: Kim Joo Hyuk & Kim Sun Ah
Theme : Dice race

Running man Episode 66
Running man guest list: Kim Sun Ah & Song Joong Ki
Theme : National Racing Return

Running man Episode 67
Running man guest list: Park Ye Jin & Kim So roo
Theme : Dorido Amphibious Warfare

Running man Episode 68
Running man guest list: Park Ye jin & Kim So Roo
Theme : Hunting Grasshopper

Running man Episode 69
Running man guest list: Choi Min Soo
Theme : The Grasshoopper Hunt

Running man Episode 70
Running man guest list: Son Ye Jin, Lee Min Ki & Park Cheol Min
Theme : Eliminates The Spies

TO BE CONTINUE..

Sunday, 7 July 2013

Sebanyak Mana Pun Aku Berusaha Nasibku Tetap Sama ):

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

                                                   ۞ *•.¸.•* بِسْمِ اللهِ الْرَّحْمَنِ الْرَّحِيمِ •¸ .*• ۞
Assalamualaikum
Anyeong Haseyo !
Peace ✌˙❤‿❤˙✌

Hai, haa, tengok sekali aku dah boleh update blog. Rasa macam hari-hari nak update tau. Haha. Banyak cerita nak citer beb. Bila ditengokkan kembali tajuk entry aku kali ni macam tak kena ja kan. Macam ayat orang putus asa ja. By the way, aku bukannya putus asa okay, cuma kecewa. Sikit jalah tak banyak pun. 



Hari ni 7 Julai 2013, yeah hari hari anugerah cemerlang sekolah aku. Fyka dapat tak? Haha. Mestilah dapat.(over confident) Taklah, aku tak dapat banyak anugerah pun. Tak ada pun yang perlu dibanggakan untuk aku. Aku hanya dapat untuk tempat ke-3 kelas sains and terbaik PMR 2012. Tak macam orang lain, dorang pandai, bolot semua anugerah daripada BM hinggalah ke Add Math. Terror bukan? Itulah iyela kod nak bangga. Siapalah kita.

Aku bukan kecewa apa, just bila tadi aku dapat hadiah, entah kenapa, mengapa dan bagaimana aku rasa sedih sangat rasa macam nak nangis! Tapi aku cuba untuk menahannya. Nanti orang cakap aku ni "over" pulak. Bukannya dapat tokoh pelajar ke apa kan. Disaat itu, aku mula terfikir, yang kalau berusaha macam mana kuat sekali pun. Sanggup tak tido malam, bangun awal pagi, tak makan, tak mandi hanyalah semata-mata bersengkang mata untuk study punya pasal. But, the end, aku jugak yang kecewa walaupun aku dapat anugerah. Bukannya aku tak bersyukur, aku bersyukur sesangat boleh naik pentas, dapat hadiah, boleh senyum (walaupun itu hanyalah fake smile) dapat tengok mak ayah aku happy. 

Jeng..jeng..jeng..Entah kenapa aku rasa macam tak happy. Aku rasakan yang orang dekat sekeliling aku memandang rendah kat aku seolah-olah aku nih tak boleh diharapkan. "Dia tu dapat anugerah ni sebab kebetulan je tuh". Haah! Itulah yang aku bayangkan. Yelah, mana taknya, bila kawan-kawan aku naik pentas semua macam diberi satu penghargaan yang sangat berharga bukan hanya sekadar di sijil dan hadiah. Tetapi, bila aku yang naik, ????? krik..krik..krik.. Amat menyedihkan. Hampa. 

TETAPI..Haa, aku bukannya orang yang mudah putus asa guys. Pantang aku, orang buat aku sedih ni. Biarlah, aku cuma yakin yang Allah tu Maha Adil, so setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan. Tak semestinya yang terbaik bagi orang lain, terbaik untuk kita jugak. Stop, says "kan best kalau jadi macam dia". Aku hanya percaya yang Allah akan bagi kepada sesiapa yang berusaha. Insyaallah, aku takkan pedulikan sesiapa pun yang nak kata aku ini, itu. I don't have an idea, whatever! So, moral of the story, jangan cepat mengalah dan putus asa. Allah sentiasa menolong kita. Hanya mampu bertawakkal. Babai!




with Fariha, dia datang untuk amek hadiah. Huhu
(follow me at instagram: nurulfyka_)

KOMAWO✌˙❤‿❤˙✌
-SEMOGA HIDUP KITA DIBERKATI ALLAH-

Tuesday, 2 July 2013

Salahkah aku berubah ?

Cik Lonely Crazy Membebel..
                                                   ۞ *•.¸.•* بِسْمِ اللهِ الْرَّحْمَنِ الْرَّحِيمِ •¸ .*• ۞
Assalamualaikum
Anyeong Haseyo !
Peace ✌˙❤‿❤˙✌

Allhamdullilah ya ALLAH , hehe Fyka masih hidup. Wow ! last aku update blog ni tahun lepas bulan 12. Arggh ! Rindunya, memenatkan jugak nak kemas 'rumah usang' ni. Hari ni barulah Fyka berkesempatan nak menghapdet blog ni. Maklumlah sibuk sangat sampai tak ada masa langsung. Banyak dihabiskan dengan siapkan homework yang berlonggok-longgok. Sampai sekarang masih tidak berubah, haha ! Bersabar, insyaallah Allah permudahkan. Amin.

My entry today is...yang kat atas tu la. Baca sendiri. Reti kan ? Okay lah, entah kenapa tajuk ni Fyka pilih untuk memulakan entry pertama Fyka di tahun 2013. Walaupun sekarang dah pertengahan tahun dah. (aku peduli apa! ) Okay, semua orang berhak untuk berubah dan Allah akan memberi hidayah dan petunjuk kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. So, tak payah nak pertikaikan perubahan seseorang itu kearah kebaikan. Yelah, kalau cakap nak berubah kearah kebaikan je mesti ada ja yang mengata, dan macam-macam lagi. Seolah-olah memandang rendah kepada yang hendak berubah. Dan ada jugak kawan-kawan kita mengatakan "kolotlah kau ni, tetiba nak berubah alim konon" "kita muda lagi tak payah nak berlagak alim sangat" "perempuan yang bertudung tu tak semestinya hati mereka baik" dan banyak lagi kan.

Tetapi ada jugak yang berubah ke arah kearah kejahatan kan. Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan itu. Ya Allah. Tetapi kalau dah  diorang yang membuat keputusan untuk menjadi macam tu kita nak buat macam mana lagi. Hanya boleh menegur sahaja. But, orang zaman sekarang bukan boleh ditegur pun kang kita pula yang dihinanya. Haha ! Apa boleh buat. Cuma Fyka berharap semoga kita semua terpelihara daripada semua perkara-perkara yang terlarang. Berubahlah selagi ada masa. Mungkin sekarang kita tak dapat menilai betapa pentingnya masa walaupun sesaaat. Ia sangatlah berharga. Percayalah. Tak nak caya ? (kesah pulak aku)

Okay sampai sini sahaja lah kot. Insyaallah kalau ada masa akan ku coretkan lagi isi hatiku yang sunyi. Tapi kita masih ada Allah kan. So, moral of the story, berilah peluang kepada sesiapa sahaja untuk berubah kearah kebaikan. Tak perlu nak mencaci, menghina sangat okay.And, nak berubah ke kebaikan memang banyak dugaan. So, bersabarlah sayangs okay. Babai !

KOMAWO✌˙❤‿❤˙✌
-SEMOGA HIDUP KITA DIBERKATI ALLAH-




Friday, 28 December 2012

10 Fakta Menarik Mengenai Kucing.

Cik Lonely Crazy Membebel..
                                                    ۞ *•.¸.•* بِسْمِ اللهِ الْرَّحْمَنِ الْرَّحِيمِ •¸ .*• ۞
Assalamualaikum
Anyeong Haseyo !
Peace ✌˙❤‿❤˙✌

Hai..hai..sihat tak hari ni ? Sihat ? Ok . Yaa, sekolah dah nak bukak..arghh nak kena pergi sekolah. Alah tunggulah dua tahun je lagi. Ahakks. Ye, back to the topic. Fyka nak buat entry pasal kucing hari ni. Menarik tak ? Siapa dekat sini pecinta kucing ? angkat hidung. HAHA. Oklah. Kucing adalah haiwan paling cute sangat kan ?Untuk pengetahuan korang Fyka pun ada kucing. Auww ! Comel sangat nama dia Pukang yeah maybe lintang-pukang kod. Kucing boroi lah katakan.

Tapi kan, korang tahu tak yang kucing ni pun ada fakta-fakta yang sangat menarik tahu ! Sebanarnya banyak kalau nak senaraikan fakta-fakta kucing ni, tapi hanya 10 pun cukup kan ?Jom..baca fakta dekat bawah ni :



1 . Kucing boleh membezakan warna ungu , biru , hijau dan kuning . 

2 . Kucing boleh balik ke rumah walaupun di buang jauh2 , tanpa disediakan kompas .wahh ! hebatnya 

3 . Kucing mempunyai ingatan jauh lebih baik daripada anjing , monyet , orang hutan .So, kucing akan ingat siapa tuan dia lah kan ? 

4 . Kucing boleh mengeluarkan lebih daripada 100 bunyian . 

5 . Kucing mempunyai kelajuan hampir 50 KM/J.Boleh masuk Olimpik lah macam ni.

6 . Kucing akan mejilat tubuh badanya setelah mengalami kejadian berbahaya bertujuan untuk menenagkan dirinya . 

7 . Kucing tidak pernah berpeluh , walupun setitik . 

8 . Kucing mempunyai DNA yang berjenis AB dan boleh di padankan dengan manusia yang berdarah AB . Woaah ! Samalah dengan aku. HAHA !

9 . Kucing betina mengambil masa lebih kurang 58-65 hari ketika waktu buntingnya . 

10 . Kucing mempunyai suhu normal nya adalah 38.6 darjah celcius 

OK ! Get it ? Semoga menjadi manfaat pada korang yee ! Jangan lupa komen ! Hahah ! Oklah goodnight. Jangan menganiayi binatang ye. Berdosa ! Bye saranghea, sayonara !


Wednesday, 26 December 2012

Rambut Terhasil Daripada Apa ?

Cik Lonely Crazy Membebel..
                                                    ۞*•.¸.•* بِسْمِ اللهِ الْرَّحْمَنِ الْرَّحِيمِ •¸ .*• ۞
Assalamualaikum
Anyeong Haseyo !
Peace ✌˙❤‿❤˙✌

Hai..hai..korang ! Selamat malam ! Selamat datang ! Dan selamat-II lagi. Semoga selamat selalu ok . Yeah ! Hari ini dengan bersemangatnya nak buat entry. Rindunya dekat member-II melepaskan rindu lah tadi. Heh ! Ok . Fokuskan diri anda dengan tajuk entry Fyka kali ini. Tak pernah-II Fyka buat entry yang macam gini. But, sekali-sekala takkan tak boleh iye dak ? Ok ! Bila nak start ni asyik membebel ja dari tadi bosan tahu ! Aku heran apa ? Yelah, rambut datang dari mana ? Haa. meh nak bagitau sikit. 



Korang tahu tak rambut tu terhasil daripada apa ? Hah ? Tak tahu ? Meh Fyka nak bagitau ok. Dengar elok-elok. Dengar ? Ok , baca ! Rambut terhasil daripada protein sama macam mana kuku kaki dan tangan. Perkembangan rambut ynag normal akan melalui 3 peringkat iaitu, peringkat pertumbuhan, peringkat berehat dan peringkat gugur.

Boleh dikatakanlah hampir setiap individu 90% rambut yang tumbuh di kulit kepala akan terus berada dalam peringkat pertumbuhan. Bagi 10% lagi akan berada dalam peringkat rehat dan jugakdi penghujung peringkat inilah biasanya keguguran rambut akan berlaku. Ok, faham ? Macam gini rupanya.

Secara umumnya, keguguran rambut yang kurang daripada 100 helai adalah dianggap normal. Kalau lebih, jumpalah doktor ye ! Jangan jumpa doktor gigi pulak ! HAHA ! Kiralah cukup tak 100 helai. Mampus nak kira ! Haa, oklah sini sahajalah harap korang dapat maklumat yang berguna walaupun cacat sikit. Ok bye saranghae, sayonara !

Wednesday, 19 December 2012

Alhamdullillah, Terima Kasih Cikgu !

Cik Lonely Crazy Membebel..
                                                    ۞ *•.¸.•* بِسْمِ اللهِ الْرَّحْمَنِ الْرَّحِيمِ •¸ .*• ۞
Assalamualaikum
Anyeong Haseyo !
Peace ✌˙❤‿❤˙✌

Alhamdulillah, nah mak,abah (:


Tarikh 19/12/2012 tepat jam 10:46 pagi, adalah hari yang paling bersejarah dalam hidup aku. Alhamdulillah, hanya itu yang terucap dari mulut aku. Aku taklah dapat straight A's dalam PMR 2012 nih. Tapi aku bangga sangat sebab aku dapat 7A 2B. Walaupun ada orang yang cakap tak payahlah nak bangga sangat PMR je baru, SPM lagi penting dan susah. But, bagi aku aku hanya rasa bangga untuk diri aku ja tak ada kena-mengena dengan korang. HAHA . Ok .

                                                       Alhamdulillah, PBS lulus cemerlang (:

Yelah, siapa tak seronok kan usaha selama ni dan dapat apa yang dia nak. Aku pun macam tu, tak sia-sia aku dah usaha selama ini. Aku qiam tiap-II hari sebelum PMR. Yeah, nak dapat sesuatu yang besar, mestilah korbankan sesuatu yang besar jugak kan. 

Apa-apa pun aku seronok sangat bila dapat tengok muka mak dgn abah aku gembira. Akhirnya, dapat jugak aku hadiahkan mereka kejayaan ini. Tak lupa jugak family aku yang lain.Tak sia-II abah aku bagi motor kat aku untuk pergi sekolah. Aku nak cakap terima kasih for my brother, hehe . Yo ! thank you sebab ajar aku selama nih, kalau tak, tak taulah math aku macam mana. Alhamdulillah, aku bagi A dekat hang ye ! Cikgu-II pun , terima kasih sangat, especially, Cikgu Haniza, Cikgu Alifah, Cikgu Rohayu, Cikgu Yahaya, Ustazah Azura, Cikgu Erma dan lain-II lagi banyak sangat cikgu yang mengajar aku nih. Btw,terima cikgu !!

Tahniah jugak dekat yang dapat straight A's tuh ok . Tahniah jugak kat kawan aku nih, Fariha, dia dapat 8A 1B , tahniah kawan. Ramai lagi kawan-II aku yang dapat keputusan yang cemerlang. Tahniah untuk korang. PMR ni hanya nak tentukan kita nih nak masuk aliran apa sahaja form 4 nanti. SPM tu yang penting. Harap-II aku tak ber-honeymoon sangat form 4 nih. NO, NO. Tak mau-II. Fokuskan untuk SPM pulak ok .

Muka aku tak tengok camera dah ! HAHA . lawak punya gmbar.

Hope jugak, aku dapat kelas sains tulen, sebab aku suka sains ! Best sangat ! Hehe . Oklah , dah banyak sangat aku berceloteh kang korang bosan pulak nak baca. Terima kasih cikgu ! my family ! my friends ! all thank you ! Bye-II saranghae, sayonara.


Tuesday, 11 December 2012

Nightmare o.O

Cik Lonely Crazy Membebel..
                                                    ۞ *•.¸.•* بِسْمِ اللهِ الْرَّحْمَنِ الْرَّحِيمِ •¸ .*• ۞
Assalamualaikum
Anyeong Haseyo !
Peace ✌˙❤‿❤˙✌


Hope all my friends have a luck (:

Hai semua (: sihat ? Okeh lah aku nak menaip hari nih sebab aku dapat nightmare semalam ouhha ! Seriusly menakutkan . But , hakikatnya tak lah menakutkan sangat . Just mungkin bagi aku je kot . Memandangkan result PMR yang tak sabar-sabar nak keluar sangat tuh . Maybe next week . Itulah yg menyebabkan aku ni tetiap malam dapat nightmare . Wah ! tak tahulah apa resultnya o.O . 

Ya Allah takutnya . Dah lah mimpi yang tak logik dan tak masuk akal pulak tuh . Just, aku harap sangat-II Allah permudahkan urusan aku hari tuh . Aku cuma takut kalau-II aku terpengsan ja waktu nak tunggu result tuh o.O . OHHH ! Tidak ! Jangan lah nanti masuk surat khabar muka depan "seorang pelajar pengsan semasa menunggu keputusan PMR " HAAH ! lebih dari nightmare lagi .

Okay lah , tu je pun yang aku nak kongsi . Jumpa lagi (: WISH ME LUCK OK ! bye saranghea , sayonara.

Saturday, 8 December 2012

Arhhhh ! Takut

Cik Lonely Crazy Membebel..
Assalamualaikum
Anyeong Haseyo !
Peace ✌˙❤‿❤˙✌





Hai.. Ok . Hari ni tetiba nak menghapdet blog nih pasal tajuk tuh lah . Ok . Actually yang aku takut nih adalah . RESULT PMR ! Arhhh ! Hmmm . Macam mana nih . Tadi aku jalan-II dekat google dan cari-II bilalah tarikh keramat tuh akan berlaku . Dan akan dianggarkan pada 19/12/12 nih adalah tarikh dimana keputusan PMR akan keluar dan diumumkan .

Wah ! Betapa gementarnya jantung ku ini hanya Alllah sahaja yang tahu. Serius aku tak sanggup nak hadapinya . Ya Allah pemudahkanlah urusan ku pada hari itu. Ya , Aku percaya apa yang telah aku usahakan itulah hasil yang akan aku dapat hanyalah perlu bertawakkal kepada Allah. 

Aku nih taklah yakin sangat nak dapat berapa A . Just berharap ja lah yang boleh pun. Ok lah .Kepada calon-II yang bakal mengambil result sama dengan Fyka em..just nak cakap percaya dengan apa yang korang dah usahakan ok . Usaha=Hasil . Ok Good Luck . Thanks for reading.Bye saranghae 
ᵔᴥᵔ

Wait . Tengok betapa nervousnya aku 【•】_【•】

Friday, 7 December 2012

Berhempas Pulas ◔_◔

Cik Lonely Crazy Membebel..
Assalamualaikum
Anyeong Haseyo !
Peace ^_^*v



Hahah ! Gambar tak bleh blah langsung 乂◜◬◝乂


Hai selamat malam semua . Okay . Memang dah lewat sangat-II sekarang nih tetapi, Fyka nak juga update okay, Jangan halang ! Okay Fyka just nak bagitahu yang website Fyka dah tukar pun , beside that, Fyka dah tak guna lagi website mizzcoklatdomo.blogspot.com and dah bertukar menjadi ciklonelycrazy.blogspot.com . Agak kepelikkan disitu.

Yeah , memang agak berhempas pulas jugak lah aku nak memikirkan nama website tu , fikir punya fikir terfikir pulak perkataan 'lonenly' tuh . Dan aku pun decide kan sedap bunyinya kalau 'crazy' ditambah hahaha  . Sebab aku jugak terfikir blog nih pun macam crazy-II .

By the way, hari nih banyak perubahan yang aku dah buat dalam blog aku nih . Walaupun tak banyak tapi ianya teramat sangat menyebalkan ! hah ! Rilexs-II Kita mesti cool . Yeah , walaupun blog aku nih tak cantik but, cukuplah cantik sahaja dimata aku nih aku peduli apa denagn pandangan korang . Hahah just kidding melawak ja pun .

Okaylah dah lenguh dah tangan ni menaip . Just nak ucapkan terima kasih banyak-II sebab baca blog aku nih . Kalau dah masuk rumah orang tuh jangan lah tak bawakkan apa-II Hahha . Maksud aku just follow me sayang..Bye saranghae...

Friday, 9 November 2012

Kawan atau Sahabat ?

Gadis naif berceloteh..
Assalamualaikum
Hai.
Peace ^_^*v

Woiiyt..lamanya Fyka tak menghapdet blog yang berbau niy . Euuryy ! Okay whatever ! Maybe Fyka ada tugas lagi besar yang mesti dijalankan pada tahun ini yang membuatkan Fyka sibuk dan tak ada masa untuk menghapdet blog ni . Sorry . But Fyka tahu siapalah sangat yang nak datang baca dekat blog Fyka ni kan ? My friends ? No comment !



Oraitt . Actually Fyka nak update apa yang Fyka rasa dan buat research dalam dua tiga hari ni . Dan apakah itu ? *tuuuuutt* Haha ! Okay lah . Korang pernah dengar perbezaan antara kawan dan jugak sahabat ? Pernah kan ? Okay sebelum Fyka nak mintak maaf kalau-II entry Fyka kali akan menyakitkan hati siapa-II di lain hari yeah ? Spotting lah sikit dengan bf hampa boleh ja spotting dengan aku ? Hampeeh !

Sebenarnya ada perbezaanya antara kawan dengan sahabat ? Tak percaya ? Okay kawan tuh member korang yang korang ada tuh..alah walaupun tak rapat itu namanya kawan. Kawan ni pulak ada banyak jenis tapi Fyka tak nak citer lah dekat sini kita citer dekat belakang>>

Sahabat pulak adalah orang yang sanggup bersusah senang dengan kita . Senang pun dengan kita Susah pun dengan kita . Ada sesetengah manusia ni kan yang menggangap(betul tak aku eja ?) ada kawan yang boleh pakai untuk senang jer..dan ada kawan yang boleh pakai waktu susah jer . Tapi kalau dah senang . Memang tak kenang budi .PUIIHHH ! Aku tak respect lah orang yang macam . Sekurang-kurangnya tolonglah hargai sikit tak banyak pun . KaN ?

Okay lah malas nak tulis banyak-II lagi sat lagi ter-emo nanti payah kan ? Okay lah harap you all akan menjadi seorang sahabat bukannya seorang kawan okay ? Bye. Saranghae .

Wednesday, 23 May 2012

Yeah ! Akhirnya Habis Jugak Exam PPT .

Gadis naif berceloteh..
Assalamualaikum
Hai.
Peace ^_^*v








Yooo . Yooo. Wah seronok kemain ? Maklumlah baru lepas habis exam . Tapiiiiii PMR tak lagi . Huk3 . Tak syok lah . Cepatlah sikit PMR oii ! (macamlah aku nih dh ready sgt nak jawab ) PUIHH !
Macam dengan exam ? Macam tuh lah . Kerja penat ooi . Pagi, petang, siang , malam . Menghadap pakwe ku yang tersayang . Hah ? Siapa ? Siapa lagi BUKU lah. Nak exam nih kita kenalah berpakwe or berawekkan buku barulah boleh terbaikkk . Kan ? Kan ? Tapi tak kesah kat korang, ada orang senang kalau berpakwe or berawekkan yang diorang pnya sendiri kan ? Boleh fokus lah katakan . Tapi kalau Fyka ? NO COMMENT !

Hari nih Fyka nak kongsi kan apa yang Fyka akan jawab kalau orang lain tanya pasal exam pertengahan tahun nih . Nak ? Tak nak pi main jauh-jauh . Menyemak kod !

Bahasa Melayu . Okeh ? Boleh jawab ?
>Okeh lah . Bolehlah jawab sebab cikgu kata jangan tinggal tempat kosong . Kan ? So, isikan jah apa yang patut dan membuatkan diri Fyka bahagia . (hah merapu!) So far , okeh lah . Takut jugak lah Fyka . Tadi cikgu bagi warning dah siapa yang dapat A tak kena rotan tapi...B satu rotan . C dua rotan . D tiga rotan . E tak boleh dikira . HAHAH ! Seram Fyka dengar . Tapi boleh kod . Maybe kantoi kat ringkasan ja kod . Hah .

Bahasa Inggeris . Best ?
>Satu subjek yang Fyka tak pernah berasa dapat A . sedihnya . Tapi kali tak taulah jugak , Boleh kah ? Tak lah cek . Tapi Fyka rasa dia kena buat translate kod . Macam Google . Boleh ? Amboiih . Kalau macam tuh tak payah belajar . Belajar jah kat MR. GOOGLE , senang kan ? Okeh2 .

Okehlah . Yang lain fikirlah sendiri yeak ? Tak larat nak tulis dah . Okeh ? Rasa macam nak buat entry baru nih , Okeh . Exam tuh jawab elok-II jangan pakat tembak jah .

Thursday, 19 April 2012

Alert ! Janganlah Baik Sangat .

Gadis naif berceloteh..
Assalamualaikum
Hai.
Peace ^_^*v
(dissapointed girl)


Hai-II sihat tak ? sihat tak ? Menyebuk betul ? Apa yang kau nak heran bagai ? Bukannya ada orang sibuk pasal kau pun kan ? So just shut up ! Sebenarnya hari nih tergerak hati nak menghapdet blog nih walaupun Fyka tahu yang Fyka ada banyak kerja nak kena buat mana yang kerja kursus lagi , dengan nak pergi lawan lagi . FUHH- susah nak hidup . Yalah kalau nak berjaya kenalah buat benda yang letih-II penat-II kan ? Ada ke orang yang berjaya tanpa melakukan apa-II ? Ada ? Kalau ada, orang tu really-II rugi . Rugi sangat . Sebab apa ? Sebab dia berjaya tanpa ada usaha nak tahu meniru jer . Itu bukan usaha namanya sebab tuh dia takkan pernah untung sebab dia tak pernah rasa nikmatnya kalau kita berjaya ke dapat markah tinggi ke dengan penat lelah usaha nya sendiri . Okay . Faham . Panjang pulak aku sembang pasal nih padahal nak cakap pasal lain .

Let start ! Okeh pernah tak korang jadi baik tahap gaban ? Pernah ? Kalau pernah Alhamdullillah. Okeh  sebenarnya Fyka tulis entry nih bukanlah untuk siapa-II sama ada yang Fyka kenal ataupun tak sama ada member Fyka ke senang kata pada siapa-II yang baca jangan terasa okeh ? Sebab Fyka tak nak nanti korang benci pulak kan kat Fyka . Mengata orang sana sini . Nak jadi baik tuh tak salah. Tapi hati-II jangan terlampau baik sangat. Sebab nanti jadi kes buli pulak. Fyka nih nak kata baik tak lah sangat kan . Pernah jugak sakitkan hati orang mengata orang . No people perfect right? Fyka seorang yang susah nak tolak pertolongan orang dan tak pandai nak berbohong coz my mom tak penah ajar okeh. So , one day i was think to try be stingy ! But i really can't coz i have everything . And i was sad about it . But now , i was dissapointed about it .

Setiap apa yang Fyka tolong tak lah nak kan balasan apa-II . Just please to appreciate it . When i want a help you will help be back . Just that . Okeh lah kut sampai sini . Once again , please janganlah terasa okeh . Bye . I love all my member . I HOPE you're can love my too . Sayalah gadis naif yang naif pasal sosial or whatever and the hate person . Please don't love me . But just appreciate like a human di muka bumi ALLAH nih . Can ?



Sunday, 11 March 2012

Bila Sebuah Karangan Temui Titik Noktahnya.

Gadis naif berceloteh..
Assalamualaikum
Hai.
Peace ^_^*v



Setiap permulaan pasti ada pengakhirnya,
Semua yang terjadi pasti ada hikmahnya,
Aku tahu ini sulit buat kau untuk terimanya,
Tapi sulit juga bagiku untuk mengapai bintang,
Yang ku idamkan bersama kau.

Tapi segala yang sulit itu hanya sementara,
Dalam gelak ketawa kita bersama,
Tiba-tiba aku terpaksa pergi,
Semuanya bukan kerana hati dan perasaan,
Tetapi untuk kebahagian diriku nanti.

Bukan niatku nak pentingkan diri sendiri,
Tapi mampukah aku mampukah kau,
Sama-sama kita menuju mengapai bintang yang ku idam,
Semuanya memerlukan ketabahan,
Sungguh aku sayang.

Kau penuhi ruang-ruang kosongku,
Kau hadir setiap malamku yang sepi,
Rintihan air mataku kau tadahi,
Gelak tawaku kau senangi,
Tapi semua itu telah lenyap.

Setelah habis aku tempuhi,
Aku akan kembali,
Satu pintaku tolonglah faham,
Semuanya demi kebahagiaan aku,
Terpaksa aku pergi,
Maafkan aku kau tetap dihati.

Friday, 3 February 2012

Macho Ke Hancho Kalau Macam Tuh ?

Gadis naif berceloteh..
Assalamualaikum
Hai.
Peace ^_^*v

Lame tak menghapdet blog nih . Maklumlah orang sibuklah katakan . Apa yang sibuk nya ? Study ? Pehh ! (hehehe) Boleh stay dalam sejam jer kod ! Tajukku hari ini . Macho ke Hancho ? Heh ! tiba-tiba lah pulak Fyka nak meghapdet tajuk yang macam tuh . For me , smoker is not "macho" but will be "hancho" . Heh . Sorry lah kalau ade smoker yang baca yer . Bukan cakap kat korang pun . Just nak kasi tahu yang merokok tuh bahaya . Tahu ? Maklumlah Fyka nih baru jer belajar sains chapter 1 . Kan belajar pasal respiration kan ?





Tapi yang peliknya . Dah tahu dah benda tuh bahaya tapi still lagi nak buat . Kan rokok tuh boleh bawak mati ? Kan ? Tapi terpulanglah kepada seseorang tuh . Dah ketagih nak buat macam mana . Just kalau bagi Fyka lah kan . Lelaki yang merokok tuh tak macho lah . Yelah merokok tuh boleh bawak maut . Lelaki dijadikan untuk memimpin kaum hawa n wanita kan . Tapi kalau dah ramai yang merokok dan maut ? Siapa lah yang nak menjadi pemimpin kepada kaum hawa nih . Sian deh !(kalau boleh berhentilah)



(kucing pun pandai jugak merokok) Haishh
Okeh lah . For last , Fyka nak mintak maaf lah kalau ade yang tak suka dengan entry nih . Fyka just nak kongsikan jer . Yer ? Think positive . Bye ^_^*v

Friday, 27 January 2012

Kau Cakap Aku Sombong ? Do I Care ?!

Gadis naif berceloteh..
Assalamualaikum !
Hai.
Peace ^_^*v

Kita tak boleh judge orang tuh dari segi luaran jer . So , tak payah lah nak cakap lebih-lebih pasal orang tuh kan ? Sedangkan kita tak tahu pun siapa diorang tuh . Right ? So , fikir-fikirkanlah . Yeah . Semalam Fyka kata last Fyka akan update blogs . But now ! SEE ! I'm still with my lappy . And I so happy . (tak adelah sakit hati kod)





Tengok tajuk ? Siapa nak cakap kepada siapa nih ? Fyka pun tak tahu . Just nak cakap jer . Apa yang tersirat dan bukan yang tersurat (faham?) Fahamkanlah sendiri . Yelah . Kalau kita tak pernah kenal orang tuh kenapa kita suka-suka hati jer nak judge dia sebagai "SOMBONG" . Hehe . (sorry kalau 'teremosional' sikit) (kalau tak tak pelah)


Maybe korang pun pernah judge orang macam tuh kan ? It's really . Fyka pun pernah jugak anggap orang tuh "SOMBONG" dan dianggap "SOMBONG" . Tapi kalau korang nak cakap yang aku nih sombong . Just say ? Fyka tak kesah pun . Malahan Fyka suka ! (sikit-sikit bolehlah tapi kalau tak tahap gaban tuh) Masak kang ! Yelah . Fyka nih kadang-kadang payah sikit nak senyum .(yeke ?) Yelah .Sebagai bukti : Hari tuh Fyka pergi Tesco but , mood Fyka memang tak bagus lah . Adelah kakak nih senyum dekat Fyka . Nak tahu Fyka buat apa ? Fyka just buat tak tahu jer and jeling kat dia ? Haaha . Jahat tak Fyka ? Yeah ! Fyka mengaku yang FYKA NIH JAHAT . So ? Kau ade ?

Tapi sebenarnya kalau mood Fyka elok Insyaallah Fyka akan senyum sampai ke telinga ! (boleh) Cuma orang jer tak pernah tengok . Hehe . So , last sekali . Fyka rasa tak perlulah kod kita nak judge orang tuh dari luaran saja . Cuba kita kenal dulu dengan orang tuh . Barulah kita boleh judge dia tuh sebagai apa . Sombong kah , Baik kah , Jahat kah , Gedik kah , Dan apalah lagi kalau nak listkan sampai esok pun tak habis .Okeh ? "JADILAH DIRI SENDIRI SEBAB IANYA AKAN MEMBUATKAN KITA BAHAGIA" Bye ^_^*v


= Thank you For Your Reading ! :) Sayang Korang ^_^*v

Low Profile .

Gadis naif berceloteh..
Assalamualaikum
Hai.
Peace ^_^*v

Hari nih . Hari last kod Fyka boleh hapdet blog nih . And buat benda yang seakatan dengannya . (pahamlah kan) Sebenarnya Fyka rasa kecik hati + sedih + nak nanges (pun ade) + sunyi = Ape ? Jawapannya KELIRU .






Berdasarkan tajuk entri Fyka kali nih . "Low Profile" Siapa yang low profile ? Yeah ! Semestinya FYKA lah ! Siapa lagi ? Tak percaya ? Scrollkan ke bawah dan lihat berapa gibat(apatuh? tah aku pun tak tahu tiba-tiba jer keluar) Mungkin perkataan baru ? Hah ! Imposible ! Tak mungkin doh ! Okeh ade berapa ? Tengoklah sendiri tak sampai hati nak sebut .

Kadang-kadang Fyka terfikir jugaklah ade ke orang yang comil tuh yang hensem tu dan sesiapalah yang sudi bace blog aku yang naif nih . Ye tak ? Sekarang nih yang still tengah baca . Thank you :) . I hope you life is always good . Amin . (Fyka doakan) Okehlah Fyka rasa macam SYOK SENDIRI pun ader . Apa-apa pun thank yang sudi baca dengan ikhlas . Yang tak ikhlas tuh lepas nih hope korang tak payah lah datang lagi di blog yang naif nih (JADILAH HATI YANG IKHLAS MELAKUKAN APA SAHAJA). bubey =)

Monday, 23 January 2012

Tips : Baca Dengan Kuat Akan Lebih Faham .


Haaii .. Peace ^_^*v ! Hah . Macam manalah Fyka boleh pulak hapdet blog petang-petang buta nih . Kan ? Tadi hias-hias blogskin ja . Amacam cantik tak ? Tak pun kan ? Yeah ! Sememangnya tak cantik .

Okeh Never mind ! Fyka baru jer lepas habis bace komik Misi 10A . Dah 5 kali Fyka khatamkan komik tuh . Hehe . Best . Memberikan kita inspirasi dan semangat . Disebabkan Fyka dah 'mengkhatamkannya' sebanyak 5 kali . So, Fyka nak kongsikan sikit apa yang dimuatkan dalam komik nih . Yang berbunyi ' Baca Dengan Kuat Akan Lebih Faham' . Itulah yang menarik Fyka nak kongsikan . Kalau tak nak bace pergi berambus . Okeh ? Hehe .




Okeh , korang mesti mempunyai gaya belajar yang tersendirikan ? Yang selalu kita nampak ada yang gemar membaca sambil mendengar lagu kan ? Kebanyakanlah . Yang suka guna cara nih . Tapi Fyka tak suka sangat guna cara nih , sebab Fyka rasa rimas . Tak boleh nak fokus . Tapi kalau korang boleh fokus . Okehlah tuh . Teruskan .




Ada jugak yang membaca dengan senyap, tanpa sebarang bunyi . Ouhh ! Kalau yang Fyka boleh tahan sikit jer . Memanglah okeh kalau baca pensyen nih . Tapi boleh silap-silap buku yang yang bace kita . Kan ? So, Fyka boleh bertahan bace dalam keadaan yang begini mungkin 20 minit ? Yelah mengantok kan ? Bace macam tuh . Heh . Tapi kalau yang dah biasa tuh tak apalah .

Yang seterusnya , Ada sedikit pelik , yang suka sambil makan nasi . Hehe . Yang nih Fyka tak pernah cuba lagi . Mungkin nanti ? Mungkin ... Hehe (bayangkanlah). Apa-apapun, cara-cara yang korang gunakan tuh sesuai ? Hanya korang yang mamou untuk menjawabnya .(ask yourself).

Okeh meh sini Fyka terangkan apakah maksud cara belajar yang sesuai , actually(speaking sikit nah) , ia membolehkan kita faham apa yang dibaca ataupun dipelajari . Sekiranya gaya belajar kita tuh menyebabkan kita tak faham atau sukar difahami , maknanya gaya belajar tuh tak sesuai dengan kita . So, cepat-cepatlah tukar yerk ?

Nak tukar macam mana ? Senang je . Macam nih ., Ada satu gaya belajar yang berkesan dan sesuai diamalkan oleh semua pelajar iaitu , membaca dengan kuat. Okeh selalunya , budak-budak tadika jer kod yang selalu guna cara macam nih . Remaja sekarang lebih selesa membaca dalam hati jer . Sebab tuh lah budak tadika nih cepat pandai tak gitu ? Ceh .Sebenarnya baca dengan kuat lah lebih senang untuk fahami . Kan ? Tak percaya ? Trylah . (tiru macam adik-adik korang membaca).

Why ? Kenapa ? Okeh ,apabila membaca dalam hati, hanya minda saja yang aktif . Apabila membaca dengan kuat, minda, mulut, telinga dan tangan(sekiranya membaca sambil buat gaya tangan)menjadi aktif .




Senang kata , kalau kita membaca dengan hati akan membuatkan kita nih mudah mengantuk kan ? Tapi cuba kalau kita membaca dengan kuat ? Mengantuk tak ? Okehlah . Fyka hanya nak kongsikan jer apa yang Fyka bace . Kalau korang tak suka tak ape . Fyka tak kesah pun blog aku sika hati aku lah kan . Yang paling penting entry bukan Fyka reka sendiri tahu . Fyka amek dalam komik Misi 10A . Berguna sangat . Dan i'm not copycat . Hope ia akan menjadi manfaat kan korang . Bye. Peace ^_^*v .

Sumber:Komik Misi 10A