Tuesday, 19 May 2015

PILIHAN TERAKHIR.

                                                       
                                                    ۞ *•.¸.•* بِسْمِ اللهِ الْرَّحْمَنِ الْرَّحِيمِ •¸ .*• ۞
Assalamualaikum
Anyeong Haseyo !
Peace ✌˙❤‿❤˙✌


Di pagi yang indah ini izinkan aku membuat entry yang terakhir ini. Haha. "Terakhir"? Yaa, mungkin tahun depan pulak aku boleh update blog ni. So, sebelum tunggu tahun depan inilah entry aku yang terakhir. Fyi, (kalau nak tau la kan..eh?) hari Ahad ini aku akan daftar di Kolej Matrikulasi Kedah. Fuhh, banyak jugak soalan dan persoalan dari ramai pihak mengenai pilihan aku untuk sambung study ke matrik. Waittt. Kenapa kalau nak sambung matrik pun? Ada aku pinjam otak hang ka untuk aku study nanti. Ada? (Buat muka menyampah) Hahhahahh.


Sebenarnya matrik ini adalah pilihan terakhir aku sejak dulu. Sebab aku pernah tanam azam "aku tak nak masuk matrik, matrik susah, matrik ke struggle, matrik banyak saingan..bla...bla.." Mungkin aku dah tanamkan dalam diri aku bahawasanya matrik ni SUSAH! (Habis yang hang nak p jugak pasaipa?). Keputusan aku nak ke matrik ni aku pun tak tahulah macam mana nak explain dengan kata-kata. Sebab ini soal matlamat aku. Cehhh. Mungkin aku tak boleh bagi tau kenapa. Haha. Okay, forget it.


Sebelum aku buat keputusan ni, aku mintak banyak pandangan dan pendapat orang yang lebih berpengalaman. So, selepas aku banci semua orang tu aku aku decided untuk pilih matrik. Sebab, aku pun dapat tawaran UITM kos Teknologi Makanan. Tapi, aku pilih untuk ke matrik. Bukan aku tak berminat kos tu, tapi tak taulah nak kata macam mana. Nanti aku ada idea aku bagi tahu.


"Hang serious ke nak p matrik ni?"
"Weh, matrik ni kena struggle la weh."
"Weh, hang tau tak matrik ni susah, banyak saingan."
"Hang sanggup pilih jalan yang menempah kematian ni?"
"Hang pergi matrik ni, hang kena dapat pointer tinggi la."
"Bla..bla...bla...BALA!"

Itulah persoalan dan soalan yang aku selalu dapat dari member-member dan ramai kenalan. Huh! Aku tak boleh nak kata apa. For me, okay aku boleh terima apa yang orang katakan tu. But, tapi kalau hang dah tau aku dah buat keputusan untuk ke matrik bagilah semangat bukannya down-kan aku. Dengki ka apa. Jawapan aku simple ja. Dengar baik-baik, dekat mana sekalipun kita nak sambung belajar lepas ni..kita dah semestinya kena belajar rajin-rajin. Yang kata matrik ni kena belajar betul-betul, habis..kalau aku pergi sambung diploma aku tak perlu study sungguh-sungguh la? Boleh main-main dengan jangka masa 3 tahun tu? Macam tu ke? I ask, macam tu ke? (Marah ni) Aku tahu, kalau diploma dia lebih relaks. Tapi sama ja kena jugak study sungguh-sungguh. Semua orang ada cita-cita yang sama nak dapat pointer yang tinggi. So, kat mana pun sama jelah, "KENA STRUGGLE!"


"Laaah, kenapa tak pergi u?" Huh! Ni lagi satu mentality orang melayu. Lepas spm, mesti masuk U. Masuk U. Siapa tak masuk U dikira bodoh tahap gaban dah. Apa punya mentality la. Habis ingat aku pergi matrik ni bukan nak masuk U ka lepas habis matrik ni? Ouh..baru aku ingat matrik ni sijil ja..tak laku pun kalau habis nanti. Ehh..aku bukan berhenti setakat matrik je lah makcik! Haish..aku pun dah tak tau nak kata macam mana dengan orang yang beranggapan seperti ini. Harap yang membaca tidak seperti ini.


Kalau ikutkan hati aku yang terbuku 1001 jawapan persoalan dari orang ramai tu nak je aku luahkan. Tapi, banyak lagi benda yang aku kena siapkan. Haha, So, akhir kata kalau hangpa, korang, kamu, anda semua sambung belajar kat mana pun lepas ni Form 6 ke, Poli ke, Kolej ke, U ke, mana pun lah,..semua kena belajar sungguh-sungguh, kena berikan yang terbaik untuk dapat pointer yang terbaik. Sama-samalah kita usahakan eh. Mungkin kita belajar di tempat yang berlainan, berlainan taraf kita semua ada matlamat yang sama iaitu nak dapat 4Flat. Hehe. In Sha Allah, dengan usaha kita, dengan rezeki yang Allah berkati, kejayaan milik kita. Aamin. Doakan kejayaan aku di matrik ni. (kalau dengki tak payah doakan pun tak apa aku tak tau pun) Kita berjumpa lagi tahun depan yee. Dengan entry pengalaman aku di KMK. In Sha Allah. Kita akhiri penutupan enrty blog yang terakhir ni dengan tasbih kifarah dan surah al- Asr.Bismillah..Asssalamualaikum rakyat pembaca blog ni. Semua kita semua berjaya dunya wa akhirah. Sollu 'Alan Nabiy!