Sunday, 11 March 2012

Bila Sebuah Karangan Temui Titik Noktahnya.

Gadis naif berceloteh..
Assalamualaikum
Hai.
Peace ^_^*v



Setiap permulaan pasti ada pengakhirnya,
Semua yang terjadi pasti ada hikmahnya,
Aku tahu ini sulit buat kau untuk terimanya,
Tapi sulit juga bagiku untuk mengapai bintang,
Yang ku idamkan bersama kau.

Tapi segala yang sulit itu hanya sementara,
Dalam gelak ketawa kita bersama,
Tiba-tiba aku terpaksa pergi,
Semuanya bukan kerana hati dan perasaan,
Tetapi untuk kebahagian diriku nanti.

Bukan niatku nak pentingkan diri sendiri,
Tapi mampukah aku mampukah kau,
Sama-sama kita menuju mengapai bintang yang ku idam,
Semuanya memerlukan ketabahan,
Sungguh aku sayang.

Kau penuhi ruang-ruang kosongku,
Kau hadir setiap malamku yang sepi,
Rintihan air mataku kau tadahi,
Gelak tawaku kau senangi,
Tapi semua itu telah lenyap.

Setelah habis aku tempuhi,
Aku akan kembali,
Satu pintaku tolonglah faham,
Semuanya demi kebahagiaan aku,
Terpaksa aku pergi,
Maafkan aku kau tetap dihati.