Monday 1 December 2014

Iman Tidak Terletak Pada Pakaian


                                                    ۞ *•.¸.•* بِسْمِ اللهِ الْرَّحْمَنِ الْرَّحِيمِ •¸ .*• ۞
Assalamualaikum
Anyeong Haseyo !
Peace ✌˙❤‿❤

Selamat pagi semuanya. Semoga sentiasa berrada di bawah lindungan dan rahmat Allah swt. Hari ni tidak tahu kenapa hati ini menyapa untuk menulis entry tajuk ini. Mungkin tajuknya agak sensitif bagi sesetengah pihak. Tapi, semua orang muslim berhak untuk berdakwah. Berkali-kali jugak Fyka fikir nak tulis enrty ini. Yalah, takut-II ada yang nak kutuk Fyka pulak lepas ni. Tapi, setelah diberi kudrat dan hati yang kuat. Alhamdulillah , Allah berikan kekuatan itu.


Iman tidak terletak pada pakaian. Kalau nak cerita bab iman, lain kali lah ye. Hehe. Iman ni satu perkara yang kita tak boleh nak ukur. Contohnya, "Oh, dia pakai serban, selalu pergi masjid, bla...bla..mesti iman dia tinggi dan mantap kan" Tunggu, siapa kita nak menilai seseorang itu dari luaran. Mana tahu dia buat semua tu nak kan perhatian atau sekadar menunjuk-nunjuk. Jadi, iman itu dalaman bukan luaran. Biarlah itu hal kita dengan Allah. Iman bertambah, iman berkurang itu semua bergantung kepada amalan seseorang itu kepada Allah. Jadi, ada hakkah kita nak mengukur iman orang lain. Sebelum kita nak ukur iman orang lain, better kita check diri kita dulu. Tak payah susah nak ukur tinggi ke mantap ke beriman ke seseorang tu. Bukan.





Sepanjang Fyka dalam proses perubahan ni. Perubahan untuk menjadi hamba Allah yang solehah, bohonglah kalau Fyka tak pernah kena kutuk, kena pulau, kena perli...bla..bla...macam-II lagi lah. Fyka tak pernah pun cerita hal dekat siapa-II. Even, my bff. Sebab, Fyka rasa, ini adalah satu cabaran yang Fyka kena hadapi SORANG-II. Jadi, Fyka mengambil keputusan biarlah Fyka simpan sendiri. Hanya rahsia Allah dan Fyka.


"Kau nampak je alim, tapi perangai kau macam sampah" "tak payahlah pakai tudung labuh, pakai stoking, handsock bagai kalau perangai kau macam beruk" . Woo! main kasar nampak. Haha. Mungkin disebabkan masa lalu kita yang membuat orang disekeliling kita tak percaya akan perubahan kita kan. Dengarlah, Fyka pernah dengar dalam Dai' baru-baru nih. Hehe. Allah tak pandang siapa kita dua tahun lepas, Allah tak pandang siapa kita tahun lepas dan Allah tak pandang pun siapa kita semalam. So, ada pulak suara sumbang "hey, itu Allah. Kami manusia" Suka hati kau lah. 




Kita berhijrah ni daripada jahat jadi baik. Semata-mata nak kejar rahmat dan reda Allah bukan manusia. So, tak payah lah kita nak hairan sangat dengan kata-II orang. Mulut orang bukannya kita boleh tutup. Kita hairan hubungan kita dengan Allah sudahlah. Manusia tu ke yang bagi kita hidayah? Manusia tu ke yang akan tarik tangan kita masuk syurga Allah? Manusia tu ke sanggup mendengar rintihan tahajud kita? Manusia tu ke? Tak kan? So, kita doakanlah banyak semoga Allah permudahkan hidayah untuk mereka. Allahu aamin.


"Perubahan aku bukanlah untuk berlagak alim, untuk dipandang mulia. Bukan sama sekali. Cukup, sekadar mendapat penghormatan sebagai seorang muslimah di muka bumi ini. Just that. Janganlah kita nak ungkit masa lalu orang lain."


Sekian terima kasih. Terima kasih kerana sudi singgah di blog yang hodoh ni. Harap kita sama mendapat manfaatnya. Semoga Allah sentiasa memberi kita hidayah. Hati ini Allah yang pegang. Bila-bila masa je Allah boleh bolak-balikkan. Doalah. Kepada yang tidak dapat menerima perubahan Fyka sekarang, dont worry. Fyka sentiasa menerima kritikkan dan kutukkan anda semua. Terima kasih kerana bagi pahala free. Haha. Ingat, iman bukan pada pakaian tapi pada hati dan amalan. Jagalah hak Allah iaitu MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA. Wallahualam.