Tuesday 2 July 2013

Salahkah aku berubah ?

Cik Lonely Crazy Membebel..
                                                   ۞ *•.¸.•* بِسْمِ اللهِ الْرَّحْمَنِ الْرَّحِيمِ •¸ .*• ۞
Assalamualaikum
Anyeong Haseyo !
Peace ✌˙❤‿❤˙✌

Allhamdullilah ya ALLAH , hehe Fyka masih hidup. Wow ! last aku update blog ni tahun lepas bulan 12. Arggh ! Rindunya, memenatkan jugak nak kemas 'rumah usang' ni. Hari ni barulah Fyka berkesempatan nak menghapdet blog ni. Maklumlah sibuk sangat sampai tak ada masa langsung. Banyak dihabiskan dengan siapkan homework yang berlonggok-longgok. Sampai sekarang masih tidak berubah, haha ! Bersabar, insyaallah Allah permudahkan. Amin.

My entry today is...yang kat atas tu la. Baca sendiri. Reti kan ? Okay lah, entah kenapa tajuk ni Fyka pilih untuk memulakan entry pertama Fyka di tahun 2013. Walaupun sekarang dah pertengahan tahun dah. (aku peduli apa! ) Okay, semua orang berhak untuk berubah dan Allah akan memberi hidayah dan petunjuk kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. So, tak payah nak pertikaikan perubahan seseorang itu kearah kebaikan. Yelah, kalau cakap nak berubah kearah kebaikan je mesti ada ja yang mengata, dan macam-macam lagi. Seolah-olah memandang rendah kepada yang hendak berubah. Dan ada jugak kawan-kawan kita mengatakan "kolotlah kau ni, tetiba nak berubah alim konon" "kita muda lagi tak payah nak berlagak alim sangat" "perempuan yang bertudung tu tak semestinya hati mereka baik" dan banyak lagi kan.

Tetapi ada jugak yang berubah ke arah kearah kejahatan kan. Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan itu. Ya Allah. Tetapi kalau dah  diorang yang membuat keputusan untuk menjadi macam tu kita nak buat macam mana lagi. Hanya boleh menegur sahaja. But, orang zaman sekarang bukan boleh ditegur pun kang kita pula yang dihinanya. Haha ! Apa boleh buat. Cuma Fyka berharap semoga kita semua terpelihara daripada semua perkara-perkara yang terlarang. Berubahlah selagi ada masa. Mungkin sekarang kita tak dapat menilai betapa pentingnya masa walaupun sesaaat. Ia sangatlah berharga. Percayalah. Tak nak caya ? (kesah pulak aku)

Okay sampai sini sahaja lah kot. Insyaallah kalau ada masa akan ku coretkan lagi isi hatiku yang sunyi. Tapi kita masih ada Allah kan. So, moral of the story, berilah peluang kepada sesiapa sahaja untuk berubah kearah kebaikan. Tak perlu nak mencaci, menghina sangat okay.And, nak berubah ke kebaikan memang banyak dugaan. So, bersabarlah sayangs okay. Babai !

KOMAWO✌˙❤‿❤˙✌
-SEMOGA HIDUP KITA DIBERKATI ALLAH-