Sunday, 7 July 2013

Sebanyak Mana Pun Aku Berusaha Nasibku Tetap Sama ):

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

                                                   ۞ *•.¸.•* بِسْمِ اللهِ الْرَّحْمَنِ الْرَّحِيمِ •¸ .*• ۞
Assalamualaikum
Anyeong Haseyo !
Peace ✌˙❤‿❤˙✌

Hai, haa, tengok sekali aku dah boleh update blog. Rasa macam hari-hari nak update tau. Haha. Banyak cerita nak citer beb. Bila ditengokkan kembali tajuk entry aku kali ni macam tak kena ja kan. Macam ayat orang putus asa ja. By the way, aku bukannya putus asa okay, cuma kecewa. Sikit jalah tak banyak pun. 



Hari ni 7 Julai 2013, yeah hari hari anugerah cemerlang sekolah aku. Fyka dapat tak? Haha. Mestilah dapat.(over confident) Taklah, aku tak dapat banyak anugerah pun. Tak ada pun yang perlu dibanggakan untuk aku. Aku hanya dapat untuk tempat ke-3 kelas sains and terbaik PMR 2012. Tak macam orang lain, dorang pandai, bolot semua anugerah daripada BM hinggalah ke Add Math. Terror bukan? Itulah iyela kod nak bangga. Siapalah kita.

Aku bukan kecewa apa, just bila tadi aku dapat hadiah, entah kenapa, mengapa dan bagaimana aku rasa sedih sangat rasa macam nak nangis! Tapi aku cuba untuk menahannya. Nanti orang cakap aku ni "over" pulak. Bukannya dapat tokoh pelajar ke apa kan. Disaat itu, aku mula terfikir, yang kalau berusaha macam mana kuat sekali pun. Sanggup tak tido malam, bangun awal pagi, tak makan, tak mandi hanyalah semata-mata bersengkang mata untuk study punya pasal. But, the end, aku jugak yang kecewa walaupun aku dapat anugerah. Bukannya aku tak bersyukur, aku bersyukur sesangat boleh naik pentas, dapat hadiah, boleh senyum (walaupun itu hanyalah fake smile) dapat tengok mak ayah aku happy. 

Jeng..jeng..jeng..Entah kenapa aku rasa macam tak happy. Aku rasakan yang orang dekat sekeliling aku memandang rendah kat aku seolah-olah aku nih tak boleh diharapkan. "Dia tu dapat anugerah ni sebab kebetulan je tuh". Haah! Itulah yang aku bayangkan. Yelah, mana taknya, bila kawan-kawan aku naik pentas semua macam diberi satu penghargaan yang sangat berharga bukan hanya sekadar di sijil dan hadiah. Tetapi, bila aku yang naik, ????? krik..krik..krik.. Amat menyedihkan. Hampa. 

TETAPI..Haa, aku bukannya orang yang mudah putus asa guys. Pantang aku, orang buat aku sedih ni. Biarlah, aku cuma yakin yang Allah tu Maha Adil, so setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan. Tak semestinya yang terbaik bagi orang lain, terbaik untuk kita jugak. Stop, says "kan best kalau jadi macam dia". Aku hanya percaya yang Allah akan bagi kepada sesiapa yang berusaha. Insyaallah, aku takkan pedulikan sesiapa pun yang nak kata aku ini, itu. I don't have an idea, whatever! So, moral of the story, jangan cepat mengalah dan putus asa. Allah sentiasa menolong kita. Hanya mampu bertawakkal. Babai!




with Fariha, dia datang untuk amek hadiah. Huhu
(follow me at instagram: nurulfyka_)

KOMAWO✌˙❤‿❤˙✌
-SEMOGA HIDUP KITA DIBERKATI ALLAH-