Tuesday, 3 March 2015

SYUKUR


                                                    ۞ *•.¸.•* بِسْمِ اللهِ الْرَّحْمَنِ الْرَّحِيمِ •¸ .*• ۞
                                                                    Peace ✌˙❤‿❤˙✌



Assalamualaikum semuanya. Allahu..baru muncul kembali. Okaylah malas nak buat introduction banyak-banyak. Untuk pengetahuan kamu semua niat aku menulis hari ini adalah semata-mata ingin berkongsi perasaan pasal result SPM. Waah! "Eleh, dapat result eloklah tu yang nak update sangat tu". FYI, result aku taklah berapa bagus sangat. Alhamdulillah dapat 4A. Terima kasih Allah. Aku bersyukur sangat walaupun kecewa.

Ramai jugak yang rasa aku ni tak reti bersyukur. Ehh? Mesti ada yang mengatakan begini:

"Kenapa menangis?"
"Alah result hang bukannya teruk sangat"
"Tulah hang, harapan tinggi sangat. Tengok dapat ciput jaa"
"Bersyukurlah weyh"
"Fiqah! Awat nama yang tak diumumkan pelajar cemerlang. Haha" (ni memang biadap!)

Huh! Penat. Penat nak jawab. FYI, aku bersyukur sangat apa yang aku dapat ni. Sebab aku percaya, Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. So, aku yakin Allah bagi apa yang aku perlu. Memang la kecewa. Aku memikul harapan ramai pihak. Tetapi, result tak tercapai harapan tu. Kau rasa? Pernah rasa? Tak kan? Kalau tak baik kau diam. Haha. Aku sedih sebab dah kecewakan ramai pihak. So, im so sorry. Tak ada rezeki untuk aku dapat yang dikehendaki.

Sedih. Apa yang aku boleh janji. InsyaAllah aku akan buat lebih buat masa akan datang. Terbayang jugak aku, kalaulah aku dapat result yang gempak lah katakan. Mesti aku perasan bagus, perasan pandai. Dan berkemungkinan aku akan lalai. Alhamdulillah, Allah lebih menengetahui kemampuan hambaNya ini. Aku pun tahu ada pihak yang tidak berpuas hati dengan result aku ni. Sorry. Aku terima kalau nak marah, nak cakap aku bodoh ke apa ke. Sebab aku dah redha. Sebab aku tahu hanya Allah yang memahami perasaan aku.

Orang yang suka judge ni, dia tak tahu yang kita dah habis usaha, bersusah payah, berkorban masa. Ada mereka hargai? Its okay. Aku dah redha okay. Dah tak sedih dah. Hahaha. Kalau tak puas hati jugak. Anggaplah aku sudah tiada dimuka bumi. (Pergh! ayat kau) Trust me, akan tenang. Sampai sini saja. Jumpa lagi. Bye. Assalamualaikum.